Jungle Resort Malaysia
Jungle Resort bukan sahaja menjadi destinasi percutian yang terbaik untuk rakan dan keluarga malah kami juga menawarkan pakej untuk pelbagai program dan majlis seperti team buidling, seminar, perkhemahan, perkahwinan dan Hari Keluarga untuk agensi kerajaan, syarikat swasta, institusi pendidikan dari sekolah hingga ke IPT. Program yang dijalankan di Jungle Resort dilengkapi dengan PA sistem untuk memastikan program berjalan lancar. Jungle Resort merupakan tempat yang sesuai untuk aktiviti indoor dan juga outdoor dimana kebanyakan pengunjung yang datang telah melakukan program mereka disini amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan seperti dari Universiti Insaniah, Maktab Koperasi Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan dan banyak lagi. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut tentang pakej-pakej ini.
Team Building
Aktiviti Pengembaraan bermula di sini
Jungle Resort bersedia menerima 50 orang peserta termasuk jurulatih di dalam satu masa, dengan kemudahan 7 buah bilik dan 3 buah Chalet. Kapasiti di dalam resort (indoor) boleh memuatkan lebih 100 orang dimana ianya memberi keselesaan untuk aktiviti melibatkan pergerakkan dan juga dilengkapi dengan audio sistem bagi memudahkan jurulatih menjalankan program.
 
Lokasi Jungle Resort yang jauh di pedalaman dan mempunyai pemandangan alam semulajadi yang indah juga di lengkapi kemudahan aktiviti-aktiviti hutan dan juga air sungai menjanjikan pengalaman "ourdoor" yang mencabar serta menerujakan setiap peserta.
 
Setelah letih seharian melakukan pelbagai aktiviti, Jungle Resort antara lokasi terbaik untuk Team Building kerana memiliki kemudahan yang besar dan selesa dengan pelbagai jenis katil. Bilik-bilik kami dilengkapi dari katil bersaiz Queens hinggalah ke katil Single bahkan mempunyai bilik Dorm yang dilengkapi katil double decker untuk setiap peserta atau tetamu.
 
Perkahwinan
Majlis Perkahwinan di Jungle Resort
Dengan berlatarbelakangkan hutan semulajadi, pakej majlis perkahwinan di Jungle Resort tidak jauh dari konsep "Garden Wedding" yang terkenal pada masa sekarang. Jungle Resort menyediakan tempat dan perkhidmatan majlis perkahwinan serta bulan madu yang romantis buat pasangan raja sehari yang mengimpikan perkahwinan yang mewah pada masa yang sama masih mengekalkan bajet yang berpatutan. Anda boleh menempah bilik di Jungle Resort untuk sekeluarga bermalam sebelum majlis bermula sebagai persiapan majlis dan tidak kurang juga pengantin yang mahukan majlis malam berinai bersama teman, pasti sempurna!
 
Hasil 'photo-shot' saat-saat manis anda disini pasti menarik dengan persekitaran hijau dan rekaan bangunan yang klasik serta mempunyai beberapa lokasi berdekatan yang sesuai untuk dijadikan lokasi photo shoot anda. Anda boleh melihat gambar-gambar majlis perkahwinan yang telah diadakan di Jungle Resort di halaman Galeri. Hubungi kami untuk berbincang tentang majlis anda dan untuk membuat tempahan.
 
Camping Site
Pakej Camping Site di Jungle Resort
Jom kita santai untuk group kecil, reunion, sembang-sembang dan 'lepak-lepak'! Antara aktiviti termasuklah BBQ - Ayam/ Daging, Ikan | Unggun api tepi sungai, geng kereta dan 4x4. Apa tunggu lagi ? Bawa khemah sendiri atau atau boleh juga sewa di Jungle Resort.

  • Privacy. Hanya terhad kepada jumlah kecil, maksimum 8 kenderaan pada setiap masa.
  • Picnic dan berkhemah di samping kereta (Kenderaan) Kenderaan dibenarkan masuk.
  • Panorama menarik tepi sungai.
  • Kemudahan bilik mandi dan tandas, ruang solat.
  • Kemudahan BBQ. (Peralatan disediakan)
  • Pengalaman menunggang kuda untuk anda dan keluarga.

# Harga Pakej: RM 50 untuk setiap kenderaan (Dua orang percuma).
# Tambahan RM 10 untuk setiap penumpang dalam kenderaan (Dewasa/Kanak-kanak).
# Harga tidak termasuk sewaan khemah jika perlu.

Login Form
Register Form